Kibar Jalur Gemilang

Iklan

Adik Norashikin Oren, 9, (kiri) bersama rakan-rakannya mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kediaman mereka sempena meraikan sambutan bulan kemerdekaan negara ke-64 di Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Mukim Siong, Baling, hari ini.

Walaupun dalam suasana pandemik Covid-19, masyarakat Orang Asli dari suku kaum Kensui daripada Rumpun Negrito itu tetap ceria meraikan ketibaan bulan kemerdekaan negara. Masyarakat Orang Asli dari kampung ini satu-satunya daripada suku kaum Kensui yang terdapat di Semenanjung Malaysia. - Foto Bernama

Iklan
Iklan