32.9 peratus populasi negara lengkap dua dos vaksin setakat Ahad

Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 32.9 peratus atau 10,734,415 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Ahad, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasmi, beliau memaklumkan, 17,076,440 orang atau 52.3 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Ahad sebanyak 27,810,855 dos.

Iklan
Iklan

Dengan ini, sebanyak 72.9 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama, manakala 45.9 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, setakat Ahad.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 415,875 dos pada Ahad dengan 143,671 adalah dos pertama manakala 272,204 adalah dos kedua.

Iklan

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama

Iklan