[LAPORAN LANGSUNG] Sah Muhyiddin, seluruh jemaah menteri letak jawatan

Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap semasa sidang media pada hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri hari ini. -Foto Bernama

[LAPORAN LANGSUNG] Istana Negara pada Isnin mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh Kabinetnya telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin berkata, susulan daripada peletakan jawatan tersebut, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Iklan
Iklan

Ikuti laporan langsung perkembangan politik hari ini:


6.10pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, beliau akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Sementara, sebagaimana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Iklan

"Ia adalah tugas yang terhormat, dan saya akan terus jalankan tugas sebagai perdana menteri (sementara) bagi membantu negara,” katanya dalam satu pertemuan dengan para editor kanan media di pejabat Perdana Menteri di sini.

Artikel Penuh :

Iklan
Muhyiddin mengaminkan doa sebelum meninggalkan pejabatnya pada hari terakhir beliau bertugas sebagai Perdana Menteri, pada Isnin. -Foto Bernama

4.53pm - Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat kembali memasuki kediamannya di Bukit Damansara pada hari ini selepas pengumuman peletakkan jawatannya secara rasmi.

Pengumuman rasmi itu dibuat melalui sidang akhbar khas pada jam 3 petang.

Kenderaan yang membawa Muhyiddin itu dilihat memasuki perkarangan kediaman peribadinya pada jam 4.53 petang.

Kereta yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki kediamannya di Bukit Damansara pada jam 4.53 petang

Muhyiddin melambaikan tangan kepada wartawan ketika keluar dari pekarangan Bangunan Perdana Putra tengah hari ini.


4.48pm - Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak untuk bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan kesihatan dan ekonomi saat ini.


4.30pm - "Terima Kasih Rakyat Malaysia" - Petikan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perjumpaan perpisahan bersama pegawai Pejabat Perdana Menteri pagi tadi


4.20pm - Tan Sri Annuar Musa memohon maaf atas segala kekurangan sewaktu beliau berkhidmat.


4.05pm - Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah terkawal.


3.50pm - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan perjuangan melawan pandemik Covid-19 terus menjadi keutamaan kita semua.


3.25pm - Muhyiddin berharap kerajaan baharu dapat dibentuk segera agar pentadbiran negara ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biasa selepas beliau secara rasmi meletak jawatan pada Isnin.


3.15pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau dan barisan Kabinetnya telah meletak jawatan secara rasmi pada Isnin.

Beliau berkata, keputusan itu diambil susulan dirinya telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Pada hari ini saya letak jawatan sebagai perdana menteri dan seluruh Kabinet sebagaimana yang dikehendaki perlembagaan.

"Saya reda dengan ketentuan Ilahi," katanya pada Perutusan Khas yang disiar secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan pada Isnin.


2.55pm - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan keputusan terbaik bagi menangani krisis politik negara ketika ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin berkata, Al-Sultan Abdullah menyatakan titah tersebut mengambil kira faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.

Artikel Penuh :


2.54pm - Istana Negara pada Isnin mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh Kabinetnya telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin berkata, susulan daripada peletakan jawatan tersebut, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.


2.19pm - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat sidang akhbar khas pada jam 3 petang Isnin.

Difahamkan sidang akhbar itu berkaitan dengan keabsahan beliau sebagai pemimpin nombor satu negara dan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


1.30pm - Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan menerusi Instagram beliau bahawa semua anggota Kabinet meletak jawatan pada hari ini.

Beliau mengumumkan demikian ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadap baginda di Istana Negara selepas mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri.

Instagram Khairy

2.11pm - Nancy Shukri memberitahu ini kali terakhir beliau berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.


1.20pm - Mohd Khairuddin mengesahkan agenda mesyuarat Kabinet khas yang diadakan pada Isnin adalah merupakan agenda mesyuarat terakhir membabitkan kerajaan PN.


1.09pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat pulang ke kediamannya selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki kediaman peribadinya di Bukit Damansara pada jam 1.09 petang.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat memasuki kediaman peribadinya di Bukit Damansara pada jam 1.09 petang.

1.02pm - Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara.


12.22pm - Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba Istana Negara

Kenderaan yang membawa Muhyiddin diperlahankan ketika tiba di perkarangan Istana Negara dan beliau bertindak melambaikan tangan kepada petugas-petugas media. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki Istana Negara. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

12.10pm - Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tiba lebih awal dilihat keluar daripada Istana Negara pada jam 11.54 pagi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pula beredar dari Istana Negara pada jam 12.38 tengah hari.


12.pm - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan bangunan Perdana Putra selepas selesai mempengerusikan mesyuarat khas kabinet.

Kenderaan yang membawa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilihat keluar dari Bangunan Perdana Putra selepas menghadiri mesyuarat khas Kabinet hari ini. -Foto Bernama


11.16am - Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di Istana Negara jam 11.16 pagi.

Beliau memasuki Istana Negara melalui Pintu 1 dengan menaiki kenderaan rasminya.



10.47am - Dua kenderaan yang salah satunya dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memasuki Istana Negara melalui pintu 1 jam 10.47 pagi.

Kehadiran Idrus dipercayai sebagai penasihat dalam urusan peletakkan jawatan Muhyiddin berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Penuh:


9.35am - Sinar Harian di Putra Perdana melaporkan ketibaan menteri-menteri Kabinet di bangunan Perdana Putra difahamkan bagi menghadiri Mesyuarat Khas Kabinet jam 10 pagi ini.



9am - Pekarangan Pintu 1 Istana Negara pada Isnin menjadi tumpuan media sejak jam 8 pagi susulan suhu politik negara yang semakin panas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung status jawatannya sebagaimana yang disahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pada Ahad.



8.40am - Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyebut akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebaliknya mahu memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan inginkan negara segera pulih daripada Covid-19.

Artikel Penuh:



8.07am - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pejabatnya, dipercayai bagi mempengerusikan mesyuarat khas kabinet.

Kenderaan yang membawanya dilihat memasuki pekarangan bangunan Perdana Putra jam 8.07 pagi pada Isnin.

Artikel Penuh:


7.45am - Kenderaan milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar daripada kediamannya pada jam 7.45 pagi hari ini.

Muhyiddin sempat melambai tangan kepada petugas-petugas media yang berkampung di sini sejak jam 6.30 pagi.

Difahamkan kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka akan bergerak ke Pejabat Perdana Menteri sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Artikel Penuh:


7.am - Pekarangan Pintu 1 Istana Negara pada Isnin menjadi tumpuan media susulan suhu politik negara yang semakin panas.

Artikel Penuh :