KUALA LUMPUR - Dua kenderaan yang salah satunya dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memasuki Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 10.47 pagi Isnin.
Kenderaan dengan lambang 'Peguam Negara' itu dilihat masuk ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan masih berada di Putrajaya bagi mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet.