JOHOR BAHRU - Seorang bekas pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah ketika bertugas di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dibebaskan pada Isnin dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah tamat reman itu dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 tanpa deposit dan seorang penjamin berserta syarat melapor diri di pejabat SPRM berhampiran pada setiap bulan.