Muhyiddin beredar dari Istana Negara selepas 39 minit

Iklan
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara. -Foto ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Setelah 39 minit memasuki Istana Negara, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar sambil melambai kepada petugas media.

Kenderaan yang membawa beliau keluar pada jam 1.02 petang selepas memasuki Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Pagoh itu dikhabarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyerahkan surat perletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang pengesahan mengenai perkara tersebut.

Iklan

Muhyiddin dijangka pulang ke kediamannnya dan pengumuman khas akan menyusul.

Iklan