Jangan kibar Jalur Gemilang lusuh, koyak

Iklan
Muhammad Sanusi (kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021, di Wisma Darul Aman pada Isnin.

ALOR SETAR - Rakyat Kedah diingatkan supaya jangan mengibarkan Jalur Gemilang sudah lusuh dan koyak termasuk meletak bendera itu di tempat tidak sesuai.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, masih ada segelintir masyarakat dikhuatiri tidak merasa segan mengibarkan bendera yang sudah buruk.

Iklan
Iklan

Muhammad Sanusi berkata, bagaimanapun beliau percaya rakyat Kedah memiliki semangat patriotisme tinggi yang melambangkan semangat Malaysia Prihatin.

"Marilah bertekad menerap mentaliti dan sikap masyarakat supaya memandang tinggi dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara yang perlu sentiasa dipelihara setiap masa.

Iklan

"Amalan mengibarkan Jalur Gemilang seharusnya menjadi budaya dalam kehidupan seharian, malah ia harus menjadi amalan dan budaya tanpa menunggu program Kemerdekaan," katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Kedah di Studio Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kedah (BTMK), Wisma Darul Aman, pada Isnin.

Beliau turut menasihatkan supaya generasi muda pada hari ini dididik dengan kepentingan mengibarkan Jalur Gemilang supaya semangat patriotisme kekal diwarisi.

Iklan

Sehubungan itu, rakyat Kedah diajak mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, bangunan pejabat dan perniagaan serta kenderaan masing-masing untuk menyemarakkan semangat cintakan negara.

Dalam perkembangan sama, katanya, sambutan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang kali ini memiliki sedikit kelainan berikutan Kedah masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara.

"Sekiranya sebelum ini ada konvoi kibar Jalur Gemilang dan orang ramai dijemput untuk bersama-sama memeriahkannya, namun program berkenaan tidak diadakan pada tahun ini kerana pelaksanaan kali ini secara digital," katanya.

Menurut beliau, antara program dirancang termasuk Program Merdeka@komuniti, Program Sepakat @Komuniti, Info On Wheel Merdeka (IOW Merdeka) dan Pertandingan Pidato Kenegaraan 2021.

Tambah beliau, sambutan kali ini kekal dengan tema tahun 2020 iaitu 'Malaysia Prihatin' untuk menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan seluruh rakyat Malaysia dan keprihatinan kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19.

"Kita hendaklah menyemarakkan semangat Malaysia Prihatin kepada semua lapisan masyarakat dalam usaha memulihkan semula ekonomo dan kehidupan rakyat ke arah kehidupan lebih baik," katanya.

Sebelum itu, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Kedah dilaksanakan secara maya tanpa kehadiran khalayak dan disiarkan secara langsung melalui Facebook Live Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Penerangan Kedah dan Warta Kedah.