Fasa 1 PPN: 63 pasangan pengantin nikah di masjid

Iklan
Antara pasangan pengantin yang bernikah di masjid dalam tempoh Fasa 1 PPN.

KUALA LUMPUR - Kebenaran majlis akad nikah diperluas ke masjid-masjid terpilih di Wilayah Persekutuan bermula 1 Ogos lalu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi kemas kini di Facebook berkata, sebanyak 63 pasangan pengantin telah melangsungkan majlis akad nikah di masjid-masjid berkenaan dari 1 Ogos hingga 15 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, sebanyak 12 masjid dibenarkan melaksanakan majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

"Bagi kawasan Kuala Lumpur meliputi Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid al-Imam al-Ghazali (Zon 1), Masjid Salahuddin al-Ayubi (Zon 2), Masjid al-Imam ash-Shafie (Zon 3), Masjid Usamah bin Zaid (Zon 4), Masjid al-Muqarabbin (Zon 5), Masjid dan al-Rahman (Zon 6).

Iklan

"Bagi kawasan Putrajaya pula melibatkan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra, Masjid Mahmoodiah dan Masjid An-Nur, Labuan," kata kenyataan itu pada Isnin.

Bagaimanapun Jawi berkata, para pengantin masih terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi menjamin kemaslahatan semua pihak yang terlibat.

Iklan

"Hanya pengantin yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada Jawi dibenarkan mengadakan majlis akad nikah di masjid.

" Selain itu, kehadiran ke majlis akad nikah di masjid-masjid yang terpilih terhad kepada tiga orang iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali manakala jurunikah dan dua orang saksi adalah dari pihak masjid berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Jawi berkata, semua yang dibenarkan hadir diwajibkan untuk menjalani ujian swab dan perlu mematuhi semua SOP serta garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan lain-lain agensi penguatkuasaan berkaitan.