China penyumbang terbesar vaksin Covid-19

Iklan
China muncul negara paling banyak menyumbangkan vaksin Covid-19..

BEIJING - China muncul negara paling banyak menyumbangkan vaksin Covid-19, menurut laporan Associated Press (AP) pada Ahad.

Menurut laporan itu lagi, China dilihat senantiasa komited dalam usahanya untuk membantu negara-negara membangun dan kurang membangun.

Iklan
Iklan

Ahli epidemiologi dari Nigeria, Christian Happi berkata, sumbangan vaksin dari beberapa negara maju yang lain tidak mencukupi dan terjamin.

"Mereka bukan sahaja memperoleh kebanyakan vaksin di dunia, malah sedang meneruskan memberikan suntikan vaksin penggalak kepada warganya," katanya.

Iklan

Wakil Kanan Kesatuan Eropah (​EU) bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Jose Borrell menyifatkan, usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk menyumbang vaksin dilihat kurang berkesan.

Negara membangun seperti Venezuela, Haiti dan Syria masih menghadapi kekurangan bekalan vaksin.

Iklan

Pengkaji akses perubatan dari Universiti Northeastern Amerika Syarikat iaitu Profesor Brook Baker pula menganggap masih terdapat ketidakadilan dalam agihan vaksin melalui Pelan Peruntukan Vaksin Covid-19 Global (COVAX).

"Lebih 90 buah negara membangun masih tidak mendapat bekalan vaksin sebaliknya negara maju cuba mendapatkan kepentingan geopolitik melalui perkongsian bilateral vaksin,” katanya. - Bernama