PRK Semenyih bukan medan konfrontasi kaum, agama

Iklan
Lim Guan Eng - Foto Bernama

SEMENYIH - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah medan untuk memilih calon dan parti yang lebih baik bagi menyelesaikan masalah rakyat dan tidak sepatutnya menjadi medan konfrontasi kaum dan agama.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti pembangkang yang bertanding dilihat tidak mempunyai sebarang rancangan untuk kesejahteraan rakyat, sebaliknya memainkan isu kaum dan agama untuk mendapat sokongan.

Iklan
Iklan

"Kalau (berkempen) pecah belahkan rakyat, rakyat tidak akan mendapat apa-apa akhirnya," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan (PH) di Pelangi Semenyih, di sini, malam ini.

Lim berkata PH mewakili rakyat tanpa mengira kaum dan agama berbanding parti pembangkang yang mewakili satu kaum sahaja.

Iklan

"Pilihlah parti beretika, bermoral dan tidak makan duit rakyat," katanya.

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon muda PH Muhammad Aiman Zainali dengan Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.

Iklan

Pengundian akan diadakan Sabtu ini. - Bernama