10 tukun tiruan dilabuhkan, halang bot pukat tunda

Iklan
Abdullah (tengah) dan Hamdan (kiri) dan Kamaruddin Ibrahim pada program melabuhkan 10 unit tukun tiruan jenis kuboid juvenil di perairan Cherok Paloh pada Isnin.

KUANTAN - Jabatan Perikanan Pahang telah melabuhkan 10 unit tukun tiruan jenis konkrit kuboid juvenil di perairan Cherok Paloh sebagai salah satu usaha menambah kawasan pembiakan ikan di perairan negeri ini.

Iklan
Iklan

Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, tukun tiruan yang diperbuat daripada simen bernilai RM325,000 itu dilabuhkan pada kedalaman 15 meter dan 4.5 batu nautika dari kawasan pantai sekali gus dilihat mampu membentuk ekosistem dasar laut sebagai lubuk ikan serta memberi hasil kepada nelayan pantai dan pemancing.

"Menurut kajian yang dilakukan selepas enam di kawasan itu akan menjadi habitat baharu kepada pelbagai jenis ikan, tumbuhan karang dan hidupan marin lain.

Iklan

"Malah tukun tiruan ini juga akan menjadi penghalang atau penyekat kepada aktiviti nelayan pukat tunda yang sebelum ini dilaporkan banyak berlaku di perairan negeri ini," katanya ketika ditemui selepas program melabuhkan 10 unit tukun tiruan konkrit Kuboid Juvenil di perairan Cherok Paloh pada Isnin.

Sebanyak 10 unit tukun jenis kuboid juvenil dilabuhkan di perairan Cherok Paloh pada Isnin.

Iklan

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Hamdan Hussin dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Dalam pada itu, Abdullah turut menjelaskan tukun tiruan jenis itu dijangka bakal memberi faedah kepada lebih 2,058 nelayan tradisi berdaftar di zon A di negeri ini terutama membabitkan 794 daerah ini.

Beliau berkata, pihaknya yakin daerah ini akan terus menjadi destinasi pelancongan memancing di kawasan tukun tiruan seterusnya dapat memberi pendapatan tambahan kepada pengusaha bot memancing.

"Dalam tempoh 13 tahun, kita sudah melabuhkan 262 tukun tiruan konkrit di beberapa perairan di negeri ini seperti di perairan Cherating, Rompin, Pekan dan Pulau Tioman membabitkan peruntukan lebih RM4.4 juta.

"Pada 2007 sebanyak 60 tukun tiruan jenis rekreasi dilabuhkan di perairan negeri ini manakala tahun lalu 16 tukun jenis kuboid dilabuhkan di perairan Pekan dekat Kampung Nenasi," katanya.