MANILA - Filipina mengarahkan 130 rakyatnya yang berada di Afghanistan dipindahkan segera selepas Kabul jatuh ke tangan Taliban.
Pada Ahad, Jabatan Luar Negeri Filipina meningkatkan tahap amaran di Afghanistan ke tahap empat, amaran keselamatan tertinggi dikeluarkan kepada pelancong dan pekerja Filipina yang berada di negara itu, lapor Xinhua.