12 ADUN Bersatu Johor kekal sokong kerajaan PN negeri

Iklan
Datuk Dr Sahruddin Jamal

JOHOR BAHRU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan terus menyokong Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan kerajaan Perikatan Nasional (PB) ketika ini walaupun Perdana Menteri sudah meletakkan jawatan.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika dihubungi pada Isnin berkata, sokongan terhadap Menteri Besar Johor daripada UMNO itu dikekalkan sehingga terdapat arahan baharu daripada kepimpinan peringkat Pusat.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH semua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Johor akan tetap menyokong kerajaan negeri sedia ada sehingga terdapat arahan lanjut," katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong.

Dr Sahruddin yang juga bekas Menteri Besar Johor mengulas pendirian pihak Bersatu Johor sama ada akan terus menyokong kerajaan Johor sedia ada ekoran perkembangan politik terkini di peringkat Pusat.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada Bersatu Johor akan terus kerajaan Johor sedia ada ekoran perkembangan politik terkini di peringkat pusat.

Kerajaan negeri pimpinan Hasni ketika ini mempunyai 29 ADUN kerajaan iaitu 14 ADUN UMNO, 12 ADUN Bersatu, dua ADUN MIC dan satu ADUN Pas manakala 27 kerusi pembangkang melibatkan 14 ADUN DAP, tujuh ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan enam ADUN Parti Amanah Negara (Amanah).

Iklan

Muhyiddin dalam satu perutusan khas pada Isnin memaklumkan beliau menyembah warkah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, keputusan itu dibuatnya selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.