Niaga hadapan emas ditutup tidak diniagakan

Iklan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak diniagakan pada Isnin berikutan kekurangan minat belian, kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Lee Pei Wan berkata harga niaga hadapan emas COMEX Amerika Syarikat berada dalam penstabilan berikutan ketiadaan pemangkin baharu dalam pasaran.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, disebabkan peningkatan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia yang terus memberi impak kepada ekonomi global dan menyebabkan ketidaktentuan, logam berharga itu kekal menjadi aset paling selamat," katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2021, September 2021, Oktober 2021 dan November 2021 masing-masing berada pada RM255.00 segram.

Iklan

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka berjumlah lima kontrak.

Pada 5 petang, harga emas fizikal meningkat sebanyak RM2.78 kepada RM234.26 segram daripada RM231.48 segram pada Jumaat. - Bernama

Iklan