Kedai mencuci kereta antara 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan kembali beroperasi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.
Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.