Abdul Hadi akan terus bersama Muhyiddin

Iklan
Tangkap layar hantaran di Facebook Abdul Hadi pada Isnin.

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang komited untuk terus bersama dengan Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memperkukuhkan perpaduan dan memulihkan negara.

"Sebentar tadi saya telah menghubungi Muhyiddin, menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Iklan
Iklan

"Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” kata Ahli Parlimen Marang itu menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin malam.

Muhyiddin pada Isnin telah mempersembahkan warkah peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Iklan

Susulan daripada itu, Istana Negara pada Isnin mengesahkan Muhyiddin dan seluruh Kabinetnya telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan menteri berkuat kuasa serta-merta.

Ahli Parlimen Pagoh dalam perutusan khasnya pada petang Isnin menyatakan keputusan tersebut diambil selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan selepas beliau gagal untuk mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Iklan