UMNO cadang penubuhan 'kabinet perang'

Iklan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM - UMNO mencadangkan penubuhan sebuah kerajaan baharu dengan 'kabinet perang' bagi mengelakkan krisis kemelut politik terus berulang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan tersebut bagi memfokuskan proses pemulihan negara mendepani Covid-19.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, sebuah kerajaan yang stabil perlu segera ditubuhkan untuk satu tempoh yang munasabah yang memfokuskan menangani perang pandemik Covid-19 dan kesejahteraan rakyat yang semakin meruncing.

"Setelah negara mencapai imuniti kelompok dan keadaan memungkinkan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan, maka kerajaan ini harus dibubarkan bagi menyerahkan semula mandat mutlak kepada rakyat.

Iklan

"Bagi menjamin kestabilan dan kerjasama politik dicapai, tindakan menzalimi parti dan pimpinan lawan hendaklah dihentikan.

"Menggunakan agensi-agensi kerajaan untuk melemahkan lawan dalam mengekalkan kuasa tidak akan memberi apa-apa faedah kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta-merta.

Susulan peletakan jawatan itu, Seri Paduka turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, seluruh ahli dan kepimpinan UMNO di semua peringkat perlu mengenepikan segala perbezaan dan kembali bertaut demi menjayakan agenda rakyat dan negara.