Rakam gambar di jambatan keretapi bertukar tragedi

Iklan
Mangsa berjaya ditarik naik ke tebing tetapi sudah meninggal dunia.

TUMPAT - Kegembiraan enam rakan sebaya bergambar di jambatan keretapi di tepi sungai Tok Selehor di Kampung Kok Pasir bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas terjatuh sungai.

Dalam kejadian jam 6.15 petang, mangsa, Mohd Haikal Firdaus Roslan, 15, dari kampung Haji Merah, Palekbang berdiri atas landasan keretapi dan meminta rakannya merakamkan gambar.

Iklan
Iklan

Dalam masa yang sama, keretapi hampir sampai menyebabkan mangsa tidak sempat berlari keluar dari jambatan itu untuk menyelamatkan diri daripada dilanggar keretapi tersebut.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, mangsa bertindak terjun sungai supaya tidak dilanggar keretapi tersebut.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan

"Hanya mangsa seorang yang terjun sungai manakala rakannya yang lain sempat berlari menyelamatkan diri," katanya.

Ab Rashid berkata, selepas keretapi melepasi kawasan itu, salah seorang rakannya ke lokasi mangsa terjun.

Iklan

Katanya, rakannya ternampak tangan mangsa melambai-lambai meminta tolong dan dalam keadaan panik, rakannya terjun untuk menyelamatnya tetapi gagal.

"Usaha mencari mangsa dilakukan oleh penduduk kampung dan berjaya menarik mangsa naik ke tebing tetapi mangsa sudah meninggal dunia.

" Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat," katanya.