Kes ICU menurun tapi kematian di rumah pula membimbangkan

Iklan
Kes kematian di rumah atau di luar hospital melibatkan individu yang dijangkiti Covid-19 perlu diberi perhatian serius. - Foto Bernama

ALHAMDULILLAH, Merak Jalanan rasa bersyukur apabila jumlah kes kecemasan di unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di hospital sekitar Lembah Klang mula menunjukkan penurunan.

Situasi sama juga dapat dilihat bagi kes kategori lima sekali gus memberi sedikit ruang kepada petugas barisan hadapan untuk berehat dan menjalankan tugas dalam keadaan lebih tenang selepas menempuhi tempoh sukar dan genting sebelum ini.

Iklan
Iklan

Bak kata doktor, mereka sudah nampak cahaya di hujung terowong kerana sudah lebih setahun mereka bergelut menyelamatkan nyawa akibat Covid-19.

Ini adalah hasil keberkesanan program vaksinasi yang terus giat dipertingkatkan dari masa ke masa.

Iklan

Namun, apa yang Merak Jalanan bimbang, kes kematian di rumah atau di luar hospital melibatkan individu yang dijangkiti virus ini pula masih tinggi dan ia perlu diberi perhatian serius.

Pesakit ini mungkin tidak bergejala teruk dan kuarantin di rumah sama ada tinggal bersama keluarga atau sendirian.

Iklan

Bila diri sendiri yang memantau maka ia tidaklah sebaik pemantauan doktor di hospital.

Apa yang akan terjadi jika mereka tiba-tiba sesak nafas? Andai kata berjaya menghubungi pihak hospital atau talian 999, ia tetap mengambil masa untuk bantuan tiba.

Merak Jalanan yakin pihak Kementerian Kesihatan sedang berusaha menangani isu ini. Lebih cepat bertindak, lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.