Semua ini kerana nafsu politik beberapa individu: Chandra Muzaffar

Iklan
Dr Chandra Muzaffar. - Foto Awani

KUALA LUMPUR - Kemelut politik yang tak berkesudahan sehingga hari ini adalah berpunca daripada beberapa individu yang tidak dapat membendung nafsu besar politik mereka.

Demikian pendapat disuarakan Dr Chandra Muzaffar yang memerhatikan senario politik negara dan merumuskan, beberapa individu ini terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Mereka juga mahu meloloskan diri daripada berdepan pengadilan susulan deretan pertuduhan jenayah yang didakwa dilakukan, katanya kepada Awani pada Isnin.

"Ada seorang individu yang sudah lama bercita-cita nak jadi Perdana Menteri, dia dah cuba beberapa tahun dulu dalam perebutan kuasa dalam parti yang memerintah.

Iklan

Walaupun tak begitu agresif pada satu peringkat, tetapi ini memang menjadi cita-citanya.

"Ada seorang lagi yang memang hendak jadi Perdana Menteri sejak tahun 1988.

Iklan

Dia cuba beberapa kali, pada 2008 kemudian sekali lagi pada 2014.

Memang inilah cita-citanya yang mewarnai karier politiknya secara keseluruhan, macam tak ada cita-cita lain.”

"Ada pula dua individu ini yang merumitkan keadaan, pernah berkuasa, salah seorangnya menjadi Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi mereka terlibat dalam kes-kes mahkamah yang besar berhubung kait dengan rasuah dan skandal terbesar yang dihadapi Malaysia,” ceritanya.

Maka, disebabkan itu, kata Chandra, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja dan terus menerus merebut kuasa demi kepentingan sendiri walaupun mereka tahu akibat daripada perbuatan itu.

Menurutnya, kepimpinan kerajaan terus menerus ditekan kerana tidak memenuhi kehendak atau permintaan kumpulan ini, sekali gus mengganggu usaha memulihkan negara dan rakyat yang merana dibadai pelbagai krisis yang dicetuskan pandemik Covid-19 yang semakin meruncing hari demi hari.

Kata Chandra, mereka mengharapkan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri dapat membantu mereka membebaskan diri daripada penjara, tetapi beliau tidak sanggup melanggar prinsip.

"Seorang sahabat saya hadir semasa isu ini dikemukakan, dia tahu Muhyiddin, jelas beliau tegas dalam soal ini dan beliau tolak secara sopan.

Katanya (Muhyiddin), kalau ada hujah-hujah, bentangkannya kepada mahkamah kerana itu caranya.

"Ini bukan propaganda, bukan retorik, beliau mengamalkannya dan membuktikan yang beliau tidak mahu campur tangan dalam hal berhubung kait dengan mahkamah.

Beliau mempertahankan prinsip kebebasan, kedaulatan dan integriti sistem kehakiman kita,” ujarnya.

Atas tekanan berterusan, Muhyiddin akhirnya meletakkan jawatan semalam, menjadi Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia selama 17 bulan. - Awani