Israel tembak mati empat penduduk Palestin

Iklan
Rakan-rakan dan saudara-mara membawa jenazah Raed Abu Seif di sebuah hospital di Jenin pada Isnin. - Foto AFP

JENIN - Empat penduduk Palestin mati ditembak dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel di sebuah kem pelarian Jenin yang dijajah rejim Zionis di Tebing Barat pada Isnin.

Polis sempadan negara haram itu berkata, anggota-anggotanya bertempur dengan penduduk Palestin dalam satu operasi menangkap para suspek yang dianggap melakukan aktiviti-aktiviti menentang rejim tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut jurucakap polis Israel, tidak ada kecederaan atau kematian berlaku dalam kalangan anggota-anggota polis sempadan rejim Zionis.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti empat penduduk itu ialah Raed Abu Seif, 21, Saleh Ammar, 19, Amjad Husseiniyah dan Nureddin Jarrar yang mana umur kedua-dua mereka tidak diketahui.

Iklan

Jenazah Raed dan Saleh dilihat di sebuah hospital mayat Jenin manakala pasukan keselamatan Israel masih belum membenarkan dua lagi mayat dikeluarkan.

Lewat pagi Isnin, sekumpulan penduduk Palestin berhimpun bagi menghadiri pengebumian Raed dan Saleh.

Iklan

Wakil Keamanan Asia Barat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tor Wennesland menyatakan perasaan bimbangnya di laman Twitter berhubung kematian tersebut yang berlaku ketika satu operasi tangkapan dilakukan Israel. - Agensi