Bomba selamatkan bayi, ibu kejang otot

Iklan
Bayi berusia dua bulan diselamatkan bomba selepas ibunya mengalami kejang otot. Mangsa yang mengalami kejang otot berjaya diselamatkan danm dihantar ke hospital. Bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu pagar yang berkunci.

MELAKA - Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi dan ibunya yang mengalami kekejangan otot di sebuah rumah di Taman Kerjasama Bukit Beruang di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian jam 6.10 petang, wanita berusia 40-an itu dipercayai terjatuh di bilik air dan mengalami kekejangan otot, manakala bayinya berusia dua bulan berada di atas katil.

Iklan
Iklan

Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll, Mohd Iswandy Aripin berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 petang.

Menurutnya, sebelum itu jiran mangsa berusaha membuka pintu pagar rumah berkenaan, namun gagal kerana berkunci.

Iklan

"Bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk membuka pintu pagar itu sebelum menyelamatkan bayi yang berada di atas katil.

"Mangsa yang sedang menahan kesakitan juga berjaya diselamatkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Iklan

Katanya, mangsa kemudian serahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke hospital dan tindakan lanjut.