Jabatan Peguam siar warta pelantikan Muhyiddin sebagai PM sementara

Iklan
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2021 berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sehingga pelantikan Perdana Menteri baharu.

Warta itu memaklumkan, fungsi Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan kerajaan Persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan menteri lain dalam Jemaah Menteri.

Iklan
Iklan

Perintah itu berkuat kuasa pada Isnin.

Warta itu turut memaklumkan pembatalan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2020 [P.U. (A) 201/2020].

Iklan

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pelantikan sebagai Perdana Menteri sementara itu diputuskan setelah Seri Paduka Baginda berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa pada Isnin. - Bernama

Iklan