SEMENYIH - Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru penduduk di sini, agar membuat pemilihan tepat dengan memilih calon PH Muhammad Aiman Zainali pada PRK DUN itu Sabtu ini.
Menurutnya, penduduk Semenyih hanya melakukan tindakan sia-sia jika memilih BN, Zakaria Hanafi pada PRK kali ini.
Ini kerana dakwa Perdana Menteri itu, BN sudah tamat riwayat, setelah kalah teruk pada PRU14 lalu.
"Sia-sia saja kalau pilih calon BN. Sebenarnya, BN dah tak ada.
"Qolu innalillahi wa innailaihi rojiun. Sudah habis.
"Yang ada UMNO, UMNO pun dah hancur. Tak ada ahli. Banyak yang minta mahu jadi ahli parti PH," katanya dalam program kempen sempena PRK Semenyih malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan pucuk pimpinan komponen PH.
Tegas Dr Mahathir, sekiranya Aiman dipilih beliau yakin wakil Bersatu itu akan komited untuk melaksanakan tanggungjawab dan janjinya.
"Kalau dia tak buat, kita tibai dia, itu janji saya,” kata beliau.