Menghadap Agong: Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan

Iklan
ISTANA

KUALA LUMPUR - Istana Negara pada Selasa sekali lagi menjadi tumpuan apabila pemimpin parti-parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut sumber, majlis menghadap bermula pada 2 petang itu melibatkan ketua parti susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semalam.

Iklan
Iklan

Antara yang dijadual menghadap ialah presiden parti masing-masing iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang).

Pada Isnin, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima peletakan jawatan Muhyiddin dan jawatan seluruh Jemaah Menteri.

Iklan

Seri Paduka Baginda juga berkenan untuk Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara atau 'caretaker' sehingga perdana menteri baharu dilantik. - Bernama

Iklan