PUTRAJAYA - Persepsi orang ramai bahawa permohonan mendapatkan pensijilan halal susah, lambat dan mahal adalah tidak benar, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh.
Beliau berkata, statistik menunjukkan sebanyak 3,117 syarikat bumiputera telah memperoleh pensijilan halal Malaysia dan masih aktif sehingga kini.