Pemandu SUV maut ditembak miliki enam rekod jenayah

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang maut akibat empat das tembakan oleh individu yang tidak dikenali berhampiran kediamannya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada Isnin didapati mempunyai enam rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian tersebut dipercayai mempunyai hubung kait dengan aktiviti jenayah yang dijalankan oleh mangsa yang berusia 42 tahun itu.

Iklan
Iklan

"Dulu kita pernah cari dia dan mangsa ada terlibat dalam beberapa aktiviti jenayah. Kita masih lagi menyiasat berkenaan penglibatannya dalam aktiviti jenayah yang mungkin menyebabkan dia mati ditembak.

"Buat masa sekarang belum ada tangkapan, tetapi salah satu kenderaan yang digunakan oleh suspek iaitu jenis Toyota Hilux dilaporkan dicuri di Klang pada 2019 ditemui dibakar sekitar 1.5 kilometer dari tempat kejadian,” katanya pada sidang akhbar dalam talian pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu SUV maut ditembak empat das

Iklan

Menurut Arjunaidi, enam rekod jenayah lampau mangsa tersebut adalah melibatkan kes samun dan ugutan jenayah.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan kejadian berkenaan mangsa yang ditembak ketika sedang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover sekitar jam 1.30 petang.

Iklan

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2.15 petang pada hari sama.