Anwar dilihat memasuki Istana Negara

Iklan
Kenderaan yang membawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Pintu 2 Istana Negara.- FOTO: ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki kediaman Pintu 2, Istana Negara pada Selasa.

Kenderaan yang membawa Ketua Pembangkang itu dilihat memasuki Istana Negara pada jam 2.05 petang.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, beberapa kenderaan yang memasuki Istana Negara membawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada Isnin, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan selepas mendapat menyembah maklum dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Iklan

Keputusan tersebut dibuat selepas Muhyiddin tidak lagi mendapat sokongan majoriti berikutan 15 ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pagoh itu kini menjalankan tugas selaku Perdana Menteri sementara sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik.

Iklan

Perkara tersebut selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri Paduka Baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020 khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong jumpa ketua, wakil parti di Istana Negara esok