SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyediakan Pusat Kaunseling Selangor - Talian Sahabat (PKS - TS) yang menawarkan bantuan kaunseling kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan berikutan isu tekanan mental yang amat membimbangkan akibat pandemik dan pelaksanaan PKP baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Amirudin turut memuat naik poster PKS -TS mengenai cara membuat janji temu dengan pihak PKS -TS, yang boleh dihubungi di talian 035519 0500 atau menerusi aplikasi WhatsApp di 013-300 9291.
"Kerajaan Selangor sentiasa berikhtiar bagi memastikan mereka yang memerlukan dapat dibantu.
"Sama-sama kita sebarkan agar dapat memberi manfaat kepada warga Selangor,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.