Sinner mara ke pusingan kedua Cincinnati Masters

Iklan
Sinner mara ke pusingan kedua ATP-WTA Cincinnati Masters apabila menewaskan menewaskan pemain Argentina, Federico Delbonis, 6-2, 7-5 pada Selasa. - Foto AFP

PEMAIN ranking ke-15 dunia, Jannik Sinner mara ke pusingan kedua ATP-WTA Cincinnati Masters apabila menewaskan menewaskan pemain Argentina, Federico Delbonis, 6-2, 7-5 pada Selasa.

Menurut pemain kelahiran Itali berusia 20 tahun itu, dia telah mempamerkan aksi terbaiknya bagi menewaskan Delbonis yang juga pemain ranking ke-48 dunia bagi mengesahkan kemaraan berkenaan.

Iklan
Iklan

Malah katanya, kemenangan itu turut mengubat kekecewaannya apabila tewas pada pusingan pertama pada Kejohanan Terbuka Bank Nasional di Toronto, minggu lalu.

"Saya rasa saya telah memberikan hadiah ulang tahun terbaik buat saya kali ini dengan berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan ini.

Iklan

"Secara keseluruhannya, ‘hadiah’ ini sangat bermakna bagi saya kerana ia berlaku dalam satu kejohanan yang besar,” katanya.

Untuk rekod, Sinner tewas pemain Australia, James Dukcworth 3-6, 4-6 pada aksi pembukaan pusingan pertama di Toronto.

Iklan

Sementara itu menurut Sinner, kejayaan mara pusingan kedua pada kejohanan kali ini dilihat sebagai satu kejayaan yang sungguh bermakna buat dirinya.

Katanya, kemenangan berkenaan turut menambahkan keyakinannnya untuk melangkah lebih jauh pada kejohanan kali ini.

"Kemenangan ini membuatkan saya semakin yakin untuk mara lebih jauh dan sekali gus melakar lebih banyak kejayaan pada kejohanan ini,”

Kemenangan berkenaan bakal menyaksikan Sinner bakal berdepan samada pemain Amerika Syarikat (AS) John Isne atau Cameron Norrie (Great Britain).