Pas sudah ada calon PM kesembilan

Iklan

SHAH ALAM - Pas sudah membuat keputusan untuk mencalonkan seorang ahli Parlimen sebagai perdana menteri malam semalam.

Bagaimanapun, kesemua 18 ahli Parlimen parti itu masih belum menandatangani surat akuan.

Iklan
Iklan

Difahamkan parti itu juga menyambung perbincangan yang lebih mendalam di sebuah lokasi yang dirahsiakan di ibu kota.

Menurut seorang sumber, perbincangan berhubung perkara berkenaan telah diadakan sejak semalam dan bersambung hingga ke hari ini.

Iklan

"Semalam Pas sudah membuat keputusan tentang seorang ahli Parlimen yang akan dicalonkan tetapi masing-masing belum menandatangani sebarang surat akuan.

"Hari ini ketika Datuk Seri Tuan Ibrahim sedang menghadap Yang di-Pertuan Agong, perbincangan masih dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan Ibrahim wakili Presiden Pas menghadap Agong

Agong jumpa ketua, wakil parti di Istana Negara esok

Iklan

Pada Isnin Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Keputusan itu dibuat selepas beliau hilang majoriti sokongan ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.