20 migran Afghanistan, Nepal ditemukan di sempadan Hungary

Iklan
Gambar hiasan. - Foto Reuters

BUCHAREST - Kira-kira 20 migran dari Afghanistan dan Nepal ditemukan bersembunyi dalam treler dalam tempoh 24 jam lalu, ketika mereka mahu menyusup keluar dari Romania melalui perkampungan Arad dan Bihor menuju ke kawasan Schengen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Polis Sempadan Arad pada Selasa, migran itu dijumpai di sempadan Varsand, Nadlac II dan Bors.

Iklan
Iklan

Di Nadlac II, ketika pegawai polis sempadan melakukan pemeriksaan terhadap dua treler masing-masing dipandu oleh rakyat Belarus dan Bulgaria, pihak berkuasa menemukan 11 migran Afghanistan dan Nepal, berusia antara 15 dan 31 tahun, yang ingin mencari suaka di Romania.

"Menurut dokumen pengisytiharan barangan, pemandu itu mengangkut rak logam dan produk aluminium untuk syarikat dari Jerman dan Poland," lapor Agensi Berita Romania, Agerpres.

Iklan

Di Varsand, ketika pemeriksaan dibuat ke atas sebuah lagi treler mengangkut alat ganti kereta ke Perancis dipandu warga Bulgaria, pihak berkuasa menemukan tiga warga Afghanistan berusia antara 15 dan 17 tahun.

Sementara itu, empat lagi remaja Afghanistan berusia antara 11 dan 22 tahun ditemukan oleh pegawai polis sempadan di Bors.

Iklan

Pegawai polis sempadan sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung ketiga-tiga kes itu. - Bernama