Lelaki Ireland hilang 1 Januari ditemui selamat

Iklan
Akaun Facebook Help Find Stephen Warde - in Malaysia

PETALING JAYA - Lelaki warga Ireland, Stephen Warde yang dilaporkan hilang pada 1 Januari lalu telah ditemukan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah mengesahkan perkara tersebut seperti yang dilaporkan melalui akaun Facebook"Help Find Stephen Warde - in Malaysia", hari ini.

Iklan
Iklan

Mesej yang berbunyi"Stephen Warde has been found safe and well in Malaysia” telah dimuat naik petang tadi.

"Ya...telah serah kepada kedutaan, (tunggu) laporan esok,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi pesanan ringkas, Whatsapp.

Iklan

Sementara itu, ibu Warde, Mary Morrissey dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook berkata anaknya ditemukakan dalam keadaan selamat dan baik dan telah dipertemukan semula dengan ahli keluarga di Kuala Lumpur.

Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha pencarian Stephen, termasuk kakitangan Kedutaan Ireland di sini dan pihak polis. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua di Kinrara dan kawasan sekitarnya, atas sokongan yang luar biasa dan kebaikan hati mereka dalam beberapa minggu kebelakangan ini,"tulisnya.

Iklan

Morrisey juga berkata bahawa baki dalam dana bagi aktiviti mengutip derma bagi usaha pencarian akan disumbangkan untuk tujuan amal.

"Buat masa ini, kami tidak akan memberikan apa-apa kenyataan atau diwawancara oleh media dan kami memohon privasi supaya kami dapat menangani emosi dan menikmati detik-detik indah dipertemukan semula dengan anak lelaki saya," katanya.

Warde, 32, memasuki Malaysia sebagai pelancong pada 15 Nov, tahun lepas dan kali terakhir dilihat di Mercu Summer Suite, Jalan Sultan Ismail pada 28 Dis lepas sebelum dilaporkan hilang. -Bernama