AS tawar ganjaran kesan lokasi anak Osama

Iklan
Hamza bin Laden

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dilapor menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM 4.06 juta) untuk mendapatkan maklumat berkaitan lokasi anak bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.

Hamza bin Laden, disifatkan sebagai pengganti bapanya dan misi mengesan tempat persembunyiannya menjadi antara fokus utama AS sejak kematian Osama pada 2011.

Iklan
Iklan

Ganjaran lumayan ditawarkan untuk maklumat yang boleh membantu mengesan lokasi Hamza di mana-mana negara.

Berusia dalam lingkungan 30 tahun, AS mendakwa Hamza pernah mengancam untuk menyerang negara itu demi membalas dendam kematian bapanya yang ketika itu bersembunyi di Abbottabad, Pakistan.

Iklan
Iklan

Lokasi persembunyian Hamza menjadi spekulasi sejak sekian lama dan laporan terdahulu menyatakan lelaki itu sama ada berada di Pakistan, Afghanistan atau berada dalam tahanan rumah di Iran. - AFP