NEW DELHI - Sebuah pesawat C-17 Tentera Udara India (IAF) menerbangkan lebih 120 rakyat India termasuk diplomat dari Kabul dan mendarat di Gujarat pada Selasa, kata seorang pegawai kerajaan.
Itu adalah penerbangan pertama yang membawa keluar rakyat dan diplomat India di tengah ketegangan yang semakin meruncing di Afghanistan selepas Taliban mengambil alih kuasa di Kabul, lapor Xinhua.
Iklan
Iklan
Anggota keselamatan di kedutaan dan rakyat India yang lain adalah antara yang dipindahkan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar, Arindam Bagchi, kerajaan India telah memutuskan untuk memanggil pulang duta dan petugas kedutaan di Kabul.
Menerusi akaun Twitter Bagchi sebelum ini berkata, berdasarkan keadaan yang berlaku, India memutuskan duta dan staf di Kabul perlu segera dibawa pulang.
Sebelum itu, Menteri Luar Dr Subrahmanyam Jaishankar turut mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken mengenai situasi terkini di Afghanistan. - Bernama