Bapa permainan 'Sudoku' meninggal dunia

Iklan
Maki Kaji - Foto Reuters

TOKYO - Seorang lelaki yang mempopularkan permainan teka silang kata nombor yang dikenali dengan nama Sudoku, Maki Kaji meninggal dunia kerana penyakit kanser pada 10 Ogos lalu di kediamannya.

Menurut syarikat penerbitannya, Nikoli, Kaji dikenali sebagai bapa kepada Sudoku dan permainan itu disukai oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Teka silang kata nombor itu sebelum ini dicipta oleh seorang ahli matematik Switzerland, Leonhard Euler pada abad ke-18.

Kaji yang tidak sempat menghabiskan pengajiannya di sebuah universiti bekerja di sebuah syarikat penerbitan sebelum mengasaskan sebuah majalah teka silang kata nombor yang diberi Sudoku pada tahun 1980-an.

Iklan

Nama Sudoku merupakan singkatan kepada bahasa Jepun yang bermaksud setiap nombor mestilah tunggal.

Permainan itu menjadi popular di luar Jepun kira-kira 20 tahun lalu selepas Sudoku disiarkan oleh akhbar-akhbar luar negara dan diminati ratusan juta orang.

Iklan

Kaji dilaporkan meninggal dunia akibat kanser hempedu.

Menurut syarikatnya, beliau meninggal dunia ketika umurnya 69 tahun. - Agensi