JOHOR BAHRU - Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor perlu menjalani ujian saringan Covid-19 Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) setiap hari sepanjang menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disambung semula pada 22 Ogos ini.
Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, langkah tersebut disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan Covid- 19 di bangunan sidang dewan.