STAR harap PM baharu beri keutamaan kembalikan hak Sabah, Sarawak

Iklan
Jeffrey

KOTA KINABALU - Perdana Menteri yang baharu dan barisan kabinetnya harus memberi keutamaan untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak serta menunaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, sebagai parti tempatan yang memperjuangkan hak Sabah, STAR berharap Perdana Menteri yang baharu mengikut jejak langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara terbuka mengambil berat terhadap perjuangan Sabah dan Sarawak.

Iklan
Iklan

"Sebaik-baiknya, semua parti tempatan di Sabah dan Sarawak harus bekerjasama sebagai satu.

"Ini adalah peluang kita untuk menyatukan suara politik dan membebaskan diri daripada kebergantungan terhadap kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam pada itu turut melahirkan rasa kecewanya terhadap kemelut politik di Semenanjung.

"Sangat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab untuk bermain politik ketika kita sepatutnya meringankan penderitaan rakyat dan meningkatkan ekonomi.

Iklan

"Sayangnya, semua sudah berlaku. Saya mengharapkan hasil yang terbaik untuk Sabah dan Sarawak," katanya.