MHC gesa pemimpin politik utamakan keselamatan, kesihatan rakyat

Iklan
Peralihan politik tidak boleh mempengaruhi dan mengganggu isu Covid-19 dan program vaksinasi serta perkhidmatan kesihatan. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menggesa semua pemimpin politik untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat ketika pandemik Covid-19.

MHC dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, peralihan politik tidak boleh mempengaruhi dan mengganggu isu Covid-19 dan program vaksinasi serta perkhidmatan kesihatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, MHC percaya kebijaksanaan dan pertimbangan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri baharu dengan kabinet yang kuat secepat mungkin untuk mempelajari tiga pengajaran penting dari peralihan politik pada Mac 2020.

"Perdana Menteri dan kabinet harus bersikap telus dan tidak memyembunyikan kebenaran dari rakyat kerana pemimpin perlu berkongsi data pandemik Covid-19 sekali gus membantu meningkatkan kepercayaan serta rakyat boleh membuat penilaian risiko untuk mereka dan keluarga.

Iklan

"Kerajaan juga perlu membuat keputusan kesihatan berdasarkan bukti saintifik, mempublikasikan bukti dan metodologi serta alasan mereka untuk membuat sebarang keputusan penting bukan hanya mengumumkan keputusan secara 'top-down'.

"Kementerian Kesihatan tidak dapat mengawal penularan Covid-19 jika kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak bersama dalam menanganinya serta memastikan pelaksanaan yang berkesan,” kata kenyataan itu.

Iklan

MHC berkata, bagi mencapai semua pengajaran tersebut pihaknya menggesa agar kabinet baharu dipimpin oleh golongan profesional yang kompeten.

Tambahnya, pada masa sama kerajaan baharu juga mestilah menyeimbangkan kesihatan dengan pemulihan ekonomi, demokrasi dan masyarakat dari segi kesihatan, memberikan sokongan kewangan, politik serta moral yang cukup untuk semua petugas kesihatan.

"Rakyat dan sistem kesihatan negara semakin lesu dan tenat, maka ahli politik haruslah menjadi sebahagian daripada penyelesaian bukannya menjadi masalah dan bebanan buat rakyat.

"MHC berharap agar semua pemimpin politik dan kerajaan baharu mengutamakan rakyat dan kesihatan rakyat,” ujarnya.