Hanya empat kes kematian melibatkan individu lengkap vaksinasi

Iklan
Noor Hisham

PUTRAJAYA- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan hanya empat kematian kes Covid-19 membabitkan individu yang lengkap suntikan dos vaksin.

Ia berbanding jumlah keseluruhan kes kematian 12,993 yang dilaporkan.

Iklan
Iklan

"Data klinikal kami menunjukkan antara keseluruhan kematian itu, terdapat 80 kes yang mana telah mendapat satu suntikan dos vaksin dan empat kes lengkap vaksinasi," ciapnya di Twitter pada Rabu.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin Covid-19 (JKVAV), Malaysia merekodkan 28, 837, 742 dos pemberian vaksin Covid-19 setakat Selasa.

Iklan

Ia merangkumi 17, 437, 286 dos suntikan pertama dan 11, 400, 456 dos kedua.

Sebanyak 525, 111 dos pertama dan kedua diberikan pada Selasa.

Iklan