Varane tak sabar mula cabaran baharu di Old Trafford

Iklan
Raphael Varane FOTO: AFP

TONGGAK baharu Manchester United, Raphael Varane mengakui tidak sabar untuk memulakan cabaran baharu bersama The Red Devils pada musim ini.

Malah menurut Varane, perpindahannya dari gergasi liga Sepanyol, Real Madrid ke Manchester United juga merupakan lembaran baharu buat beliau dan keluarganya.

Iklan
Iklan

"Saya amat gembira dan teruja untuk memulakan episod baharu karier bola sepak saya bersama Manchester United selepas mencipta kejayaan dalam pelbagai kejuaraan dengan Real Madrid sebelum ini.

"Sebelum ini banyak khabar angin selain orang memperkatakan kehadiran saya dan Manchester United sejak 2011, ketika Sir Alex Ferguson berkunjung ke rumah ibu saya.

Iklan

"Namun semuanya menjadi kenyataan apabila saya menyatakan niat saya kepada Real Madrid, dan kini satu penghormatan dapat beraksi untuk Manchester United.

"Saya percaya ini detik terbaik untuk saya dan keluarga kerana ini merupakan satu cabaran dan motivasi memulakan sesuatu yang baharu bersama Manchester United di Liga Perdana Inggeris,” katanya

Iklan

Varane yang merupakan pemain posisi pertahanan diikat The Red Devils dengan kontrak selama empat tahun di Old Trafford.

Pemain Perancis tersebut sebelum ini difahamkan hampir menyertai Manchester United pada 2011 sebelum menukar fikirkan menyertai Real Madrid.