PPV pandu lalu untuk OKU, warga emas di Larkin

Iklan
Ras Adiba

JOHOR BAHRU - Sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu di Pusat Akuatik Arena Larkin Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini akan dibuka dalam masa terdekat.

Pembukaan PPV berkenaan adalah usaha Persatuan Orang Kelainan Upaya (OKU) Sentral dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan Johor.

Iklan
Iklan

Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, PPV itu adalah sebahagian usaha bagi memudahkan dan memastikan golongan rentan yang berisiko tinggi iaitu OKU dan warga emas mendapat vaksin secepat mungkin.

"Ini juga bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Iklan

"Untuk makluman, PPV ini dikhaskan buat individu berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di Johor sahaja. Pihak kami juga akan memberi vaksin kepada tiga penjaga dan ahli keluarga OKU," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mereka perlu mengisi maklumat OKU dan tiga penjaga dan ahli keluarga OKU dengan lengkap.

Iklan

Pendaftaran dibuka sehingga 11.30 malam, pada 25 Ogos ini dan berikut merupakan pautan pendaftaran https://forms.gle/gVXk6jeAeo8Pru1v6.

"Pastikan anda mengisi segala maklumat dengan tepat dan betul terutamanya bahagian nombor kad pengenalan, no telefon dan ID Mysejahtera bagi memudahkan proses pemberian janji temu. Mohon isi sekali sahaja bagi keseluruhan permohonan," katanya.