CHICAGO - Projek ‘A Costs of War’ yang dijalankan Watson Institute of International and Public Affairs di Universiti Brown mendapati Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan AS$2.26 trilion untuk perang di Afghanistan sejak 2001 hingga September, lapor Anadolu.
Jumlah perbelanjaan tersebut digunakan Jabatan Pertahanan dan Jabatan Negeri bersama anggaran faedah terhadap pinjaman perang serta kos jagaan veteran AS.