Manchester City tak panik dengan permulaan hambar

Iklan
Nathan Ake

MANCHESTER City tidak panik walaupun mengharungi permulaan musim hambar selepas tewas kepada Tottenham Hotspur 0-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Pertahanan City, Nathan Ake berkata, pasukan itu melalui situasi sama seperti musim lalu bermula dengan kurang baik namun menyudahkan saingan liga dengan muncul sebagai juara.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu kami boleh menggunakan pengalaman daripada musim lalu. Anda memang ingin sentiasa memenangi perlawanan, tetapi kadang-kadang anda akan mengalami situasi kurang baik seperti ini.

"Ini adalah permulaan yang sukar, tetapi kami tahu apa yang perlu dilakukan dan kami perlu bermain lagi minggu depan. Kami ke Spurs untuk memenangi perlawanan, tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan.

Iklan

"Kami cuma perlu memastikan motivasi kami berada pada tahap terbaik dan berusaha lagi pada perlawanan akan datang," katanya.

Pada musim lalu, City turut mengharungi permulaan musim yang kurang baik dengan dua kekalahan dan hanya empat kemenangan dalam sembilan perlawanan awal liga.

Iklan

Namun, mereka bangkit pada pusingan kedua liga untuk meraih 16 kemenangan daripada 19 perlawanan sekali gus mengesahkan status sebagai juara liga.

Ake juga percaya The Citizen akan mampu bangkit pada perlawanan seterusnya menentang City di Stadium Etihad.

"Masih ada banyak perlawanan. Kami memang menginginkan kemenangan di perlawanan pertama, itu sudah jelas. Tetapi kami tidak boleh kecewa dengan kekalahan itu dan mesti tampil lebih bagus ketika menentang Norwich," katanya.