Pas sokong pencalonan Ismail Sabri sebagai PM baharu

Iklan
Dari kiri; Mohd Khairuddin, Ahmad Maslan, Tuan Ibrahim dan Idris selepas selesai mengadakan pertemuan di sini petang Rabu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pas mengesahkan kesemua 18 ahli Parlimennya menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu dinyatakan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui selepas selesai mengadakan pertemuan bersama pimpinan UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan
Tuan Ibrahim

"Sokong (Ismail Sabri), semua 18 (ahli Parlimen Pas). Kita sokong sepenuhnya dan kita pun telah siap surat akuan bersumpah (SD), jadi kita hantar," katanya.

Beliau memberikan kenyataan itu bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Iklan

Pertemuan kedua-dua parti tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pada awal pagi Rabu, Ahmad Maslan mengesahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri baharu.

Iklan

Ahli Parlimen diberikan masa sehingga jam 4 petang Rabu untuk menyerahkan surat akuan itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kol (Bersara) Nazim Mohd Alim.