PN terus kekal sebagai kerajaan negeri di Melaka

Iklan
Mohd Rafiq Naizamohideen. Foto Ihsan Facebook

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) di negeri ini akan terus kekal memerintah walaupun terdapat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi anggota Exco Kerajaan Negeri.

Pengerusi PN negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, beliau bersama ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad, kedua-duanya anggota Exco daripada Bersatu senada untuk terus berada di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, ketika ini bukan masa untuk berebut kuasa atau menjatuhkan mana-mana pemimpin kerana rakyat menuntut supaya fokus diberikan untuk menangani pandemik Covid-19 serta membangunkan sektor ekonomi rakyat.

"Cukup-cukuplah kita berpolitik, cukup-cukuplah kita menggerakkan muslihat politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri atau pemimpin-pemimpin kerajaan lain. Ini bukan masa untuk berebut kuasa.

Iklan

"Saya sebagai Pengerusi PN Melaka tidak berminat untuk terlibat dengan segala percaturan politik, sebaliknya fokus untuk membantu rakyat seramai mungkin," katanya ketika ditemui di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini pada Rabu.

Naib Presiden Bersatu itu berkata, walau apa berlaku, beliau akan meneruskan insentif Gerai Prihatin Rakyat seperti yang pernah diadakan di Stadium Hang Jebat, Serkam, Ayer Molek dan Telok Mas.

Iklan

"Kita juga akan mengadakan program sama di lokasi lain di Alor Gajah dan Masjid Tanah untuk membantu rakyat," jelas beliau.