Jenazah Covid-19 berisiko tidak perlu dimandi, tayamum: Mufti Selangor

Iklan
Anhar (tiga dari kanan) bergambar pada Majlis Serahan Set PPE Pengurusan Jenazah Covid-19 LZS kepada Jabatan JAIS di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang di sini pada Rabu.

KLANG - Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan pengurusan jenazah Covid-19 di negeri ini tidak perlu dimandi dan ditayamum secara fizikal sekiranya terdapat risiko jangkitan.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, fatwa itu telah diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 7 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

"Sekiranya terdapat kebimbangan memandikan atau tayamum membawa kepada penyebaran penyakit, maka gugur kewajipan (memandi atau tayamum) ke atas jenazah, sebaliknya jenazah terus sahaja dikafankan, disembahyang dan dikebumikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Serahan Set PPE Pengurusan Jenazah Covid-19 Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar Rahimiah, Klang di sini pada Rabu.

Iklan

Anhar berkata, bagaimanapun segala keputusan berhubung pengurusan jenazah Covid-19 itu perlu mendapat nasihat dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Keputusan sama ada memandi atau tayamum bergantung kepada pihak hospital dan jika risiko terdapat jangkitan maka gugur kewajipan tersebut," katanya.

Iklan