Calon PM: Pemimpin Pas yakin tiga parti capai persetujuan

Iklan
Dr Mohd Zuhdi

KUALA LUMPUR - Pas yakin parti itu bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mencapai kata sepakat bagi mencadangkan nama seorang perdana menteri baharu.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, hubungan antara ketiga-tiga parti itu ketika ini diibarat sebagai 'biduk lalu kiambang bertaut'.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dengan mencapai kata sepakat pelantikan calon perdana menteri baharu, kemelut politik yang berlaku sejak beberapa minggu lalu akan selesai.

Menurutnya, kejayaan menyelesaikan pertikaian atas semangat penyatuan ummah dan integrasi nasional akan menggagalkan usaha pihak yang mahu menangguk di air keruh.

Iklan

"Usaha pihak tersebut untuk melaksanakan strategi pecah dan perintah khususnya terhadap Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menemui kebuntuan.

"Selepas ini, kesemua parti yang berada dalam kerajaan seharusnya memperkukuhkan lagi kerjasama dan berunding bagi semua pihak di dalam Majlis Presiden parti apabila membuat sesuatu keputusan besar," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, semangat musyawarah seperti yang termaktub dalam Piagam MN yang merentasi kaum akan menjadikan 'kerajaan PN 2.0' lebih kukuh dari sebelumnya.

Menurutnya, sebuah kerajaan yang kukuh meskipun hanya mempunyai kelebihan empat atau lima kerusi adalah amat penting untuk negara menghadapi pandemik Covid-19 yang sudah mula menunjukkan kejayaan sejak kebelakangan ini.

"Marilah kita terus berdoa agar negara dan rakyat keluar dari situasi gawat ini, seterusnya kita berganding bahu untuk membina semula negara ini ke arah kesejahteraan rakyat," ujar beliau.