Bot pukat tunda hangus terbakar

Iklan
Bot pukat tunda di jeti nelayan dekat Pusat Perdagangan Pontian hangus terbakar. (Gambar kecil: Anggota bomba memeriksa keadaan bot yang hangus terbakar.)

PONTIAN - Orang ramai yang berada di Pusat Perdagangan Pontian, di sini malam tadi, digemparkan dengan insiden kebakaran melibatkan sebuah bot pukat tunda di jeti nelayan.

Pegawai Operasi Bomba, Penolong Bomba Kanan II Zamri Surkaseh pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 9.12 malam sebelum 14 anggota bomba bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi.

Iklan
Iklan

Katanya operasi melibatkan kerjasama antara Balai Bomba Pontian Baru dan Balai Bomba Pontian Jalan Al-Sagoff.

Menurutnya bahagian enjin bot pukat tunda itu musnah hampir 80 peratus.

Iklan

"Api berjaya dikawal dan dipadamkan, namun bahagian enjin bot mengalami kesan paling teruk.

"Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Jelasnya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.