MIRI - Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg enggan mengulas lanjut ketika ditanya siapa yang menjadi pilihan GPS untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Ketua Menteri Sarawak itu berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.